Wednesday, January 6, 2010

Pahit akan Manis Akhirnya..

Lama sudah aku tidak menulis... dalam kata lain menjengok blog aku ni... kesibukkan menguruskan keluarga disamping memikirkan masalah2 negara pasir dua butir..yang aku sendiri meluat nak pikir.. sebab x kena mengena dengan aku... menteri pasola punya hal.. aku pulak yang nak kena naik tikar pandan terbang..

Hari ni aku mula kerja.. lepas 2 hari bercuti menguruskan persekolahan anak2 aku... sayu rasa hati tengok anak2 melangkah ke sekolah... tapi aku bersyukur anak2 aku di terima untuk bersekolah di situ.. iyalah..semua org tahu... anak aku anak istimewa..... tidak pernah ke depan untuk bercerita.. tidak pernah pulang dengan trofi atau hadiah... tapi dia mereka pulang dengan senyuman di bibir kecil yang mongel dan tangisan syahdu di jauh lubuk hatiku.. (sedih berbaur gembira..)



Petang semalam.. aku terima satu surat melalui pos dari sekolah Emilyn.. setiap kali ada surat dari SIA hati aku akan resah gelisah.. macam2 yang bermain dan bersarang difikiran aku.. ternyata kegelisahan bertukar menjadi sedih.. syahdu.. terharu... dan aku memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Illahi..




Mulai Tahun 2010, Pihak SIA telah mewujudkan satu Program Peningkatan Pembelajaran yang akan diadakan selama 3- 6 bulan.. bertempat di SIA. Program ini diwujudkan khusus untuk membantu para pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran untuk belajar dalam keadaan yang seronok dan gembira...Alhamdulillah Emilyn telah dipilih untuk mengikuti program ini.. dalam erti kata lain.. ianya adalah program pendidikan khas untuk anak2 di SIA... mungkin ada orang yang malu bila anak mereka tidak menyerlah dalam pelajaran.. tapi tidak bagi aku.. kerana aku tahu.. setiap apa yang Allah beri itu ada hikmahnya... setiap org diuji dengan pelbagai dugaan.. ujian melalui anak.. melalui suami isteri.. melalui pekerjaan dan macam2 lagi.. tapi kita harus melihat dari sudut yang positif.. biar apa orang kata.. yang penting kita bahagia dengan cara kita..




Aku sangat bersyukur ke hadrat Illahi.. kerana apa yang aku buat selama ini telah berhasil... mudah-mudahan Emilyn akan dapat meneruskan kehidupan seperti kanak-kanak yang lain.. aku risau betul bila teringatkan bila dia nak ambik UPSR nanti.. sedangkan pada ketika ini Emilyn masih belum dapat menguasai 3M dengan baik..biarlah kalau tak dapat 5A pun.. kerana ilmu yang tinggi tanpa iman dan taqwa..tanpa kasih sesama insan.. ianya tidak akan ke mana...





Ibu mana yang tidak ingin melihat anaknya berjaya dalam pelajaran dan hidup.. tapi bagi aku... yang penting Emilyn dapat menguasai kemahiran hidup..dan asas 3M yang baik.. itu sudah memadai.. aku tidak pernah meletakkan harapan yang terlalu tinggi pada anak2 aku.. biar mereka buat setakat mana yang mampu.. walaupun ada mulut2 celupar yang pernah mengatakan 'selalu mak bapak banyak duit anak akan hancur...atau tak menjadi..' tapi tengok jugaklah duit tu datang dari sumber mana.. dan kehancuran yang macam mana... aku mohon pada Allah agar mereka ini diberikan petunjuk dan hidayah.. agar terbuka minda dan hati mereka ke arah melihat dunia dalam bentuk yang lebih sihat dan positif..


Biarlah.. itu semua kuasa Allah... kalau aku suami isteri nak bergaya.. nak bermewah2.. bukan kami tak mampu... tapi bagi kami itu semua tidak penting.. yang penting Emilyn dan Eimran dapat dibantu dalam pelajaran dan kehidupan... kerana Eimran juga telah mula menunjukkan tanda2 disleksia.. Oh.. Tuhan.. berikan kami kekuatan untuk menempuh hidup ini.. kerana kami tahu janji Allah itu benar..


Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak SIA kerana telah berusaha mewujudkan program ini khusus untuk membantu Emilyn dan anak2 yang lain.. program ini akan di selia oleh doktor dan pakar serta guru khas dari Nury dan SIA sendiri .. menurut koordinator program ni Pn. Sharifah... suatu masa dulu SIA pernah mengadakan program ini dan ianya terhenti disebabkan tiada pelajar memerlukan bantuan khas lagi.. namun pihak SIA berusaha mewujudkan program ini kembali setelah pihak SIA merasakan Emilyn perlu di bantu.. setelah mereka dapati yang aku tidak malu memberitahu pihak sekolah yang anak aku adalah anak istimewa.. dan aku memohon supaya dia diberikan sokongan dan bimbingan yang bersesuaian...


Alhamdulillah.. terima kasih di atas sokongan semua pihak yang tidak jemu dan tidak malu menerima anak aku seadanya.. walaupun aku sedar... kami banyak menyusahkan ramai pihak... kami tidak berniat untuk menyusahkan sesiapa apatah lagi menumpang kesenangan orang lain...


Syukur Alhamdulillah... terima kasih kerana sudi memberi secebis harapan dan cahaya untuk kami susuri hidup di dunia ini... terima kasih kerana sudi menerima Emilyn dan Eimran.. walaupun tidak dianggap sebagai darah daging.. tetapi sebagai insan di atas bumi Allah yang fana ini.. kerana setiap yang pahit akan manis akhirnya...setiap yang bernyawa akan mati jua akhirnya...

Monday, August 24, 2009

Mama dah tak sedih lagi..

Mama dah tak sedih lagi.. sebabnyer..




  • Mama dapat buka puasa ngan tok wan, wan, malong & family, palang & family, mandak, keman & paitam, tice & maksu...

  • Emilyn & Eimran dah belajar puasa walaupun 1/2 hari jer..


  • Mama tengah tengok katalog akojaya nak beli pinggan raya...


  • Mama nak balik kg buka puasa pulak ngan family di kampung... dekat dihati...



Tapi mama sedih sebab lambat nak tunggu baba balik berpuasa bersama & berhari raya bersama..




Apa pun mama nak tujukan lagu -lagu raya ni untuk semua yang bakal balik beraya di kampung.. sama ada di kampung sendiri atau kampung mana2 lah asalkan balik kampung..

Cadangan kuih raya mama...


Ok semua.. selamat berpuasa & berhari raya...Daaa.... dong..dong..dong...

Sunday, August 16, 2009

Mengapa Hidup Saya Tidak Ceria dan Bahagia?




Pagi ni aku bangun macam biasa.. 5.30 pagi mata dah automatik terjaga... rasa malas sangat nak bangun dari katil.. rasa penat sangat yang teramat2 sangat.. penat..letih.. macam2 rasa ada... aku selalu cakap dengan pakwe aku.. aku ni bukan letih badan..tapi letih otak dan jiwa aku letih.. dan jawapan dia..'mungkin aku x cukup rehat..'


Lunch tadi aku gi klinik jumpa doktor.. rasa badan seram sejuk cam nak demam.. bila doktor check tekanan darah aku.. doktor kata.. "rendah tekanan darah you ni...you letih sangat ker...?" Balas aku.."yea doktor.. saya letih sangat... banyak benda yang bersarang kat dalam kepala dan jiwa saya ni.." kata doktor... " Well.. you ni bukan stress..tapi you depress..."


Depress... yea.. mungkin aku depress... sebab ada tanda2 yang aku depress... cuma aku yang tak perasan.. sebab setiap kali aku rasa letih.. aku akan rehat & makan multivitamin.. tapi x ada apa2 perubahan pada keletihan aku tu... hingga lah aku berjumpa dengan artikel ni... baru aku sedar mungkin aku antara individu yang tergolong dalam penyakit ini... tapi siapa peduli??? Semua orang tahu aku tak ubah macam superwomen.. dan aku sentiasa di asak dengan pelbagai soalan.. pelbagai andaian... yang sentiasa meruntum jiwa aku.. tapi siapa peduli?? Tak mustahil kalau org selalu kata muka aku ni muka orang bermasalah...


Mengapa Hidup Saya Tidak Ceria dan Bahagia?

Kenali Penyakit Kemurungan...


Kemurungan merupakan penyakit 'tersembunyi' .. ianya bukan penyakit yang diada-adakan atau 'terpendam dalam otak'. Ia memang satu penyakit yang memerlukan rawatan..dan mempengaruhi berjuta2 manusia setiap tahun..


Kemurungan ialah penyakit yang benar2 wujud dan mempunyai punca2 dan gejala yang nyata. Setiap orang adalah berbeza dan menyebabkan gejala atau tanda2 yang di alami berbeza antara satu sama lain..Namun gejala ini biasanya akan mempengaruhi kehidupan seharian kita yang berkekalan..


Antara Gejala Kemurungan



  1. Kehilangan minat terhadap aktiviti biasa yang dinikmati seperti hobi atau hubungan suami isteri

  2. Mengalami kesedihan atau keresahan yang luar biasa

  3. Mengalami masalah sukar tidur, bangun terlalu awal atau lewat

  4. Kemerosotan daya tumpuan

  5. Perubahan selera makan

  6. Berasa lebih letih dari biasa

  7. Gelisah atau pergerakan menjadi lambat dengan ketara

  8. Berfikiran untuk membunuh diri atau mati

Punca Kemurungan



  1. Faktor penyakit seperti kencing manis & darah tinggi

  2. Pembedahan utama atau penyakit kronik

  3. Ubat-ubatan kardiovaskular, hormon, pil cegah hamil

  4. Tekanan di tempat kerja

  5. Kematian dan penceraian

  6. Konflik dan campurtangan keluarga dalam rumahtangga

  7. Punca yang tidak dapat dikenalpasti - tiba2 tercetus kemurungan

Rawatan Kemurungan


Berjumpalah doktor hari ini juga.. Anda berpeluang untuk pulih daripada penyakit kemurungan dan menikmati semula hidup yang bahagia. Kebanyakan pesakit kemurungan berasa puas hati dengan rawatan yang doktor berikan dan semakin mengenali penyakit ini dan cara mengubatinya...


Sumber : Perkhidmatan Komuniti oleh Eli Lily (M) Sdn. Bhd


Aku berdoa agar aku dijauhkan dari penyakit ini.. dan aku mohon pada sekelian yang ada... fahamilah diri aku ini..hentikan dari mengasak aku dengan soalan yang bukan2.. aku bukan malaikat..aku bukan ada kuasa ajaib untuk mengubah setiap apa yang Allah telah takdirkan.. hentikan bertanya kan soalan.. yang pasti telah kalian tahu jawapannya... Aku insan biasa punya hasrat dan cita2..

Thursday, July 16, 2009

Mama @ Kak Ros...


Kak Ros adalah nama gelaran baru pada aku yang di berikan oleh Eimran... itulah... sebab obses sangat tengok upin & ipin.. mama pun dia panggil Kak Ros... tapi bila aku tanya kenapa pulak mama Kak Ros.. dia kata sebab mama garang.. suka marah2 macam Kak Ros..Mmmmm... kecik2 lagi dah pandai buat perbandingan dan andaian... bagus jugak tu... itu dipanggil observation skill...





Anyway.. bukan niat mama nak jadik cam Kak Ros.. tapi keadaan yang memaksa sampai membuatkan mama kadangkala hilang pertimbangan... bukan apa.. mama ni x cukup rehat... kat opis kerja..kat umah kerja.. berlari sana sini , antar dan ambik anak sekolah & tiusyen, gi meeting, basuh baju, masak, gosok baju, tgk homework... buat kerja x henti2... cam mana x penat.. ada pembantu dulu.. ok sikit.. tapi macam2 hal.. macam2 ragam.. kerenah org sekeliling sehinggakan aku terpaksa terminate pembantu2 yang bagus.. sudahnyer..aku jugak yang penat.. ada sapa nak tolong aku??? Aku jugak yang sengsara...






Aku pernah cakap kat Eimran.. "mama ingat jaga robot lagi senangla daripada jaga adik.. sebab robot tu mama tekan remote jer... dia terus buat apa yang mama suruh.. tekan button makan dia makan.. tekan button tido..dia tido.. tekan button mandi dia mandi... ini adik mama suruh makan pun payah nak bergerak... suh mandi pun asyik main game jer..." dengan selamba dia jawab.. "mama.. robot mana boleh mandi.. nanti badan dia meletop..terbakar.." ye x ye jugak... hebat tul anak aku ni..ada jer jawapan dia nak mematahkan kata2 mama... bagus.. itu di panggil.. thinking skills...






Anyhow.. aku bukannya mak singa.. tapi sebenarnya..banyak sangat benda2 sampingan yang menyakitkan hati aku... walaupun aku cuba nak ignore kan ajer.. tapi dah nama pun manusia.. apa saja perkara yang tidak menyenangkan akan sentiasa bermain di fikiran & hati aku... dan menyebabkan aku rasa sakit hati yang melampau...






Mmmm.. rasanya x perlu nak membebel panjang2 macam Kak Ros.. doa aku semoga Allah berikan mereka pentunjuk dan hidayah.. sebab bila aku membebel sorang2.. nanti Emilyn akan kata... " Mama..mama cakap dengan hantu yea.." Bagus deria Emilyn.. itu dipanggil listening skills.Biarlah.. siapa pun mama... mama sentiasa sayangkan Emilyn & Eimran... dan x semua orang sanggup memikul amanah dan tanggungjawab yang mama laksanakan ini...

Tuesday, June 30, 2009

Hobi @ Suka-suka..

Kalau sebut pasal hobi... memang ada banyak istilah.. tapi pada aku ianya lebih menjurus kepada kesukaan kita untuk melakukan sesuatu sama ada ianya obses atau pun tidak..


Dalam adik beradik aku sendiri.. masing2 punya hobi yang tersendiri.. antaranya selling, blogging, chatting, cooking, travelling, reading & snorring..zzzz.. yang tak kurang hebatnya..hobi kami yang satu ni tetap sama..eating & food carving.. heheheheh

Anyway..aku rasa sangat teruja bila dapat tau antara adik aku yang ingin menjadikan hobi mereka sebagai sumber pendapatan sampingan.. baguslah..aku doakan semoga kalian semua berjaya lah hendaknya.. antaranya myzira bersama dengan tudung-tudungnya.. dan cik permata bersama dengan cup-cup cake nyer.. (tapi asal aku dtg umah mak jer..cik permata nampak cam baru cargas dari hobi zzzz... bila masa nak buat cup cake...??) mungkin malam sesuai kot..sebab siang panas..


Apapun..baru-baru ni aku telah mendapat buah tangan daripada Akmar & Fahmi yang baru pulang dari honey moon di Cameron Highlands..terima kasih la yea.. memandangkan aku suka memasak (nak kata hobi tak jugak..) buah tangan tersebut telah aku olah menjadi pudding untuk santapan kami sekeluarga...(strawberry tu masam sangat... buat pudding baru ok..)

Soya Milk Strawberry Pudding... di buka untuk tempahan.. hehehe

p/s : Dah lama x pergi berkelah.. jom gi berkelah reramai nak... dulu gi masa kecik2 jer...dah tua2 ni x merasa... jom..jom..jom...

Wednesday, June 24, 2009

Zaman Dah Berubah.. Dunia Dah Maju..

Masih ke korang ingat apa permainan pertama yang korang miliki masa kecik-kecik dulu? Kalau aku pun..aku tak berapa nak ingat.. tapi seingat aku la..aku x ada permainan yang menjadi koleksi aku.. tapi aku suka anak patung kertas... balik sekolah mesti singgah kedai cina beli permainan tu.. dia leh koyak-koyak anak patung & baju2 dia.. pastu leh ganti2 pakaian dia... rumah patung tu pun dari kertas juga.. ala-ala barbie la masa tu...



Masa kecik2 nak mintak mak abah duit beli permainan.. rasa macam tak sampai hati.. kenapa pun aku tak tau la... mungkin aku kesian tengok mak abah kerja penat... dan mungkin juga didikan mak abah yang tidak memanjakan aku dan beradik lain dengan kemewahan..


Tapi zaman sekarang sangat berbeza dengan zaman aku dulu... anak2 sekarang lebih beruntung.. aku selalu tanya kat pakwe aku...





"Kenapa baba beli mainan dan barang mahal-mahal untuk anak2... sedangkan nak beli barang baba.. sepuluh kali belek..pun letak balik la.."
Pakwe aku jawab.. " Biarla mama... kita kerja penat pun untuk anak2.. baba dulu tak merasa nak beli mainan atau barang mahal2.. baba dulu main sungai jer..panjat pokok.. buat lastik.. baba nak bagi peluang itu semua pada anak2 kita merasa apa yang baba tak dapat rasa dulu..." Sedih jugak aku dengar luahan perasaan dia tu...


Aku pun mana ada rasa ada PSP mahal2 macam sekarang.. Dulu ada permainan digital yang di panggil game & watch (gamewatch)... masa umur aku 5 tahun...aku tumpang tengok kawan aku kat Kem Penrisson nama Apis main gamewatch mickey mouse kutip telur ayam...dalam hati aku masa tu kata...kaya nyer budak ni...untung dia...dapat mainan tu... tak lama lepas tu abah ada beli gamewatch warna kuning... permainan diver tembak shark... masa tu berebut2 aku, along & anuar nak main benda tu...sebab game tu ada satu jer.. kah..kah..kah.. kelakar giler...




Itulah.. dulu2 punya cerita..sekarang zaman dah berubah dunia dah maju.. kalau tak belikan anak2 dengan PSP, Nintendo atau apa2 yang seangkatan dengannya.. nanti bila org bercerita.. kesian pulak diorang..tak tau apa2... tapi main tu ada limitnya... hanya lepas siap homework sahaja..


Kadangkala..betul juga apa yang pakwe aku kata..kita dulu tak merasa semua tu.. biarlah anak kita merasa..asalkan kita tau batas dan tahap2nya...tapi kadang2 baba ngan mama yang lebih2 main Nintendo tu..kwang..kwang..kwang...

Thursday, June 18, 2009

Mungkin Ini Jalan Takdirku...

Awal bulan Jun yang lalu aku berpeluang mengikuti satu seminar kaedah pengajaran menggunakan sistem phonics anjuran Fitzroy dan Persatuan Disleksia Malaysia. Sistem phonics merupakan satu kaedah pengajaran yang bertujuan membantu anak-anak untuk membaca lebih cepat di samping melalui satu pengalaman belajar bahasa yang menyeronokkan dengan hanya menggunakan kaedah bunyi atau 'sound'.


Buku-buku bacaan & word skill books yang di terbitkan oleh Fitzroy


Kaedah yang digunakan dalam sistem ini telah digunapakai di Australia lebih daripada 30 tahun... yang mana ianya telah menunjukkan prestasi yang sangat memberansangkan bagi membantu anak2 mempelajari bahasa dan membaca dengan lebih cepat walaupun seorang kanak-kanak itu dikenalpasti mengalami masalah pembelajaran.

Alphabetics - word making game.. best main dengan anak2...x sangka yang Emilyn & Eimran leh form a word begitu cepat...



Everybody are happy playing with the game card...



Sebenarnya tujuan aku attend seminar ni sebab aku nak tahu lebih lanjut mengenai program ni.. apa yang membuatkan aku teruja adalah dalam masa 1 bulan sahaja Emilyn dan Eimran telah dapat membaca dengan lancar up to the book #7 (all together there are 10 books for the beginners) bukan itu sahaja... setiap reading book tersebut akan di sertakan dengan 'word skills books' bagi menguji tahap pemahaman dalam setiap bahan bacaan yang di baca... mereka juga semakin rajin dan bersemangat untuk membaca...



Hati aku gembira dan berbaur sedih.. tapi sebenarnya aku sangat2 gembira sebab Emilyn telah banyak menunjukkan perubahan yang positif dalam pembelajarannya... aku sangat bersyukur kepada Allah.. dan berterima kasih kepada cikgu siti yang banyak membantu Emilyn dan Eimran..



Semasa kursus tu aku berpeluang berjumpa dengan ibu-ibu lain yang turut mempunyai anak disleksia.. kami bercerita dan berkongsi pendapat macam dah bertahun2 kenal..aku rasa seronok sangat sebab aku tahu..aku tidak berseorangan dalam menempuh liku2 hidup membesarkan anak disleksia..Ada antaranya yang telah berjaya mendidik anaknya hingga ke peringkat universiti... alhamdulillah...


Gambar bersama Jeremy O' Caroll, President & Guru Dsylexia Center & Parents...



Anyway... apa yang aku pelajari di kursus tersebut akan aku cuba adaptasikan kepada anak-anak aku Insya allah.. sebab setiap kejayaan mereka adalah kejayaan aku juga...semoga Allah membuka lebih banyak ruang dan jalan untuk aku lalui hari-hari yang mendatang... Amin..


Sejenak aku terfikir...Minat aku untuk mengajar dan mencurahkan ilmu datang secara nalurinya.. secara tiba-tiba... mungkin apa yang pernah aku katakan pada kawan aku dulu benar2 menjadi kenyataan..?? aku pun tak pasti... tapi yang sahihnya... hati aku benar2 ikhlas untuk mengajar dan mendidik anak2..bukan anak aku sahaja.. tapi juga anak2 lain yang memerlukan bantuan dan sokongan...



Dulu masa aku duk form 6 sekejap... bila kelas dah mula surut..kawan2 dah ramai yang ucap selamat tinggal sebab majoriti dapat masuk 'U', masuk Poli..masuk maktab... ada member aku tanya aku...


"Napa ko x isi borang maktab...mintak cikgu jer...macam aku.. senang...esok x payah susah2 gi interview...nak isi borang kerja..hantar resume sanan sini.. jadi cikgu senang.. kerja dah tentu ada... "


Aku bagitau dia... " Biarlah aku buat sesuatu kerana aku minat bukan kerana terpaksa..kalau jadi cikgu pun ianya mungkin merupakan pilihan kerjaya aku yang terakhir..."



Adakah tuhan telah memakbulkan kata-kata aku pada masa tu..?? wallahu'alam.. aku juga pernah suatu masa dulu dengan housemate aku..Ownyang jer panggil nama dia... kitorang beriya2 nak jadi sukarelawan Yayasan Salam sebab nak bantu orang susah.. nak tolong kanak2 istimewa... adakah Allah juga memakbulkan impian aku... dengan mengurniakan aku Emilyn..?? Subhanallah... Allah Maha Besar...



Sejenak.. aku terfikir... Adakah ini jalan takdirku..? Mungkin ya..mungkin iya nyer telah tertulis di atas sana.. sebagai hambanya aku redha.. aku bersyukur kerana aku pasti ada sesuatu yang terbaik juga telah tertulis di atas sana... hanya aku perlu kuatkan iman.. kuatkan semangat untuk menempuh hari2 yang mendatang...

p/s :So... to those outside there... please think twice on your words...sebab orang selalu kata.. "kata-kata itu adalah doa..."